Rabu, 30 Mac 2011

Dunia baru...... inilah dunia ku 
Hampir 3 minggu aku berada didunia kerja yang baru... semuanya baru...
Mulanya agak sukar untuk melaluinya sendirian .... tapi aku yakin .... 
Aku boleh melaluinya

Yelah sampai bila ... kita kena melangkah ke dunia baru untuk melakukan perubahan ...
Dan sekarang aku dah berada di satu dunia yang aku pilih ...
apa yang amat aku harapkan ... aku mampu untuk merubah kehidupan ku ...
aku ingin meninggalkan semuanya yang pernah aku lalui ..

ASING .... adalah perasaan awal
.... sebenarnya aku perlukan KAWAN
TEMAN ... dierlukan dimana jua...harap aku leh jumpa 
dan sekarang aku rasa.... aku dah ada... cuma masa sahaja yang akan tentukan semuanya 
aku kena serasikan semuanya dgn diriku

dan aku tahu ... aku tetap rindukan kawan kawan lama aku
namun aku tak pernah lupa kata kata kawan baik ku "andai kita bertukar tempat kerja sekalipun... masalah tetap akan menjadi teman yang paling setia " .... 
itulah hakikat yang sebenarnya

aku sedar sejauh mana pun aku nak lari dari kenangan silam tapi aku tak leh lari dari masalah ...
aku tahu ... aku dah akuinya
aku dah faham semua itu ... walaupun bukan maslah aku ..... tapi tetap MASALAH dari orang lain

Ape pun aku harap aku mampu berada di DUNIA BARU ku ini dgn 
satu harapan ,....... Aku adalah aku 


Selasa, 29 Mac 2011

Selamat Hari Lahir Mak ...

Happy Bir...

Hari ni 28/3/2011 ... ulang tahun kelahiran mak.
" Selamat hari lahir mak....."

Semalam aku dah balik kg ... jumpa mak.
Dah lama tak jumpa mak
Aku balik sempena mengingati hari lahir mak

Sedih hati aku .... bila pagi sabtu lepas mak menangis.
Tak sampai hati tgk mak nangis...
Apa puncanya ? .... ketidakpuasan hati antara 1 sama lain.

Sabarlah mak ..
manusia ni tak akan puas hati dgn kita
hasad dengki tetap ada

Apa pun .... doa dan harapan along ...
Mak sentiasa dilindungi ..

AMIN

Isnin, 21 Mac 2011

Hujan dan Hikmahnya

Hari ni dah 4 hari aku SELSEMA
Sakitnya jangan cakap la..
semua anggota badan aku sakit
Sampai sakit GIGI aku..

Ini semua gara-gara aku kena hujan..
Dan hari ini hujan lagi
Hujan ..
hujan..
Hujan...
Rahmat disebalik segalanya
Walaupun agak sukar utk aku.. tapi aku yakin..
Ada hikmahnya ....

Sabtu, 12 Mac 2011

Kenangan Terindah

 Kita dewasa dalam kenangan sebuah pertemuan,
 Kita harungi bersama suka duka ranjau kehidupan,
maafkan aku ..... kiranya aku TERLEWAT menyedari semua ini
Staff Birthday Party - July
Sedar tak sedar rupanya hari ini adalah hari terakhir aku disini.

Mala.Ema.Yani Winnie. Ita,
Sahabat PROFRESH
Terima kasih kepada semua.
Keputusan ini adalah yang terbaik untuk diriku dan semuanya. TERUTAMA pada mereka
yang selalu tak senang hati dgn aku. Entahlah aku tak faham mengapa mesti ada dengki.


YES!!!!! best nya. Dah berhenti dari sini. Apa yanga ku dapat sepanjang 5 Tahun aku berkhidmat disini adalah kenangan terindah dalam hidup aku walaupun ada gak yang pahitnya.

5 tahun bukan sekejap tu... macam macam yang berlaku.
Walaupun sukar untuk ditelan semua kepahitan itu ... tapi aku berjaya melaluinya sepanjang 5 tahun. Kiranya aku kuat jugalah...
Kena marah macam mana pun aku buat tuli je... demi mencari rezeki.


Aku melangkah pergi ini pun adalah kerana hati ku telah dilukai. (ceh.. ayat jiwang lak)
Biarlah aku melangkah demi kegembiraan org lain.
Biarlah aku menangis di dalam hati janji org lain boleh tersenyum dgn pemergian ku ini.
KETAHUILAH aku pergi bukan kerena aku mengalah ..dan tidak bermakna "mereka-mereka" itu menang dalam permainan yang mereka mulakan

Ahhhh... biarkan lah itu semua asam garam kehidupan.
Apa pun aku pernah rasa gembira disini. Bersama mereka semua. 
... aku ada kenangan terindah bersama kalian.

Jumaat, 4 Mac 2011

Demi

Sesungguhnya aku rasa inilah keputusan aku yang terbaik.
Biarlah aku melangkah pergi demi kesejahteraan dan kegembiraan hati orang lain.
Aku tidak mengerti.....
Mengapa aku diperlakukan sebegini.
Di mana salah aku ?
Di mana Silap aku?
Aku masih tidak menemui jawapannya.

Dan DEMI ... sebuah persahabatan
aku terima segalanya
DEMI melihat mereka gembira
biarlah aku undur diri
DEMI mengembalikan reputasi mereka
biarkan aku lakukan semua ini.

Selasa, 1 Mac 2011

Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup )

Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup ) S. M. Salim

S. M. Salim

lirik Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup ) :

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda



lirik lagu S. M. Salim Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup )

ANTIBIOTIK .... apa yg perlu diketahui ?

Antibiotik digunakan untuk membunuh bakteria secara langsung atau melemahkan ketika ia mula menyerang sistem pertahanan tubuh badan

Antibiotik merupakan sejenis asebatian kimia yg digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganisma seperti kuman atau bakteria.

Antibiotik boleh diperolehi drpd sumber biologi seperti kulat dan mikroorganisma.
Antibiotik diketogerikan kepada dua jenis. Narrow Spectrum & Broad Spectrum.


BILA ANTIBIOTIK tidak MEMBANTU ?
  Keadaan yang membataskan "bantuan' daripada antibiotik untuk berkesan ialah sewaktu seseorang itu :
     * Selsema dan Demam
     * Batuk
     * jangkitan pada telinga
     * Resdung

BILA ANTIBIOTIK MEMBANTU ?
Beberapa jenis jangkitan memerlukan antibiotik.
-jangkitan pada Saluran air kencing
-Radang tekak krn jangkitan kuman (biasa menyerang kanak-kanak berusia 7 tahun keatas)