Isnin, 24 Oktober 2011

Aku hampir lupa


Kita dewasa dalam kenangan sebuah pertemuan, Kita harungi bersama suka duka ranjau kehidupan, maafkan aku ..... kiranya aku TERLEWAT menyedari semua ini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rindu rasanya ....
Dah lama tak masuk blog ni ...
Aku hampir melupainya...
Ape pun terima kasih sahabat ku ..

NASIR IDRIS  ( gambar) kerana mengingatkan aku ttg blog ni ...
hahahha nak gelak pun ada. ...Aku sendiri hanpir lupa pada blog ini...
Rasanya ...APRIL lalu terakhir aku update .... emmm sesungguhnya manusia mudah lupa .

Yelah ... mula-mula dulu nak belajar ... buat blog sdr... blm pun cukup pandai dah lupa....
InsyaAllah pas ni aku sentiasa akan update ...
maklumlah ...kalau tension-tension boleh gak melepaskan apa yg di rasakan
kadang2 tak mampu nak besuara  pada org lain .

Sabtu, 9 April 2011

Orang Baru

Kita dewasa dalam kenangan sebuah pertemuan, 
Kita harungi bersama suka duka ranjau kehidupan,
 maafkan aku ..... kiranya aku 
TERLEWAT menyedari semua ini

Cucu baru Tok Bah & Mak tok
"YA ALLAH .. permudahkan semua urusan anak ku "  itulah doa yang kedengaran dari mak apabila tahu Angah dah masuk wad bersalin. Mak nampak tenang tapi gelodak dalam jiwanya tak ada siapa yang tahu. Di WAJAH abah ada sedikit kegusaran.. tapi abah cam relex je.


Bila sms masuk menyatakan ,,, "angah dah selamat bersalin" tergambar 1000 kegembiraan dan kesukuran dari mak dan abah. Dan akhirnya berakhir semua debaran yang ada selama ini. Selagi angah tak bersalin.. selagi itulah mak abah susah hati.


Untuk ANGAH ... TAHNIAH dapat seorang lagi PUTERA. Adalah kawan DZAL AIDIL lepas ni. Tapi along bimbanglah dik.... takut aidil dengki bila adik baby duduk dekat ngah. Along dah lalui semua itu 2 tahu lepas apabila JEHAN tak boleh terima kehadiran adiknya ISHQAL IEMAN. 
Bila ingatkan semula kelakar juga... balik dari hospital.. ISHQAL IEMAN duduk dgn mak tok. Tapi JEHAN duduk atas tilam baby. ... dan dia juga suruh aku pulangkan adik dia.
 Itulah RAGAM kehidupan ..apabila anak sulung tak boleh menerima kehadiran adik baru dia.
Apapun kini ALHAMDULILLAH .. jehan merupakan kakak yang baik. 
Sesungguhnya bumi ini BULAT. Setiap insan akan merasai apa yang kita rasa cuma yang membezakannnya adalah situsi dan bagaimana. Semua ini MENDEWASAKAN kita.

Khamis, 7 April 2011

Ishqal dan upin ipin nya....

Ma.. pin pin...  aku tidak faham apa yang Ishqal cakap sbnrnya...
bIla diulang berkali kali barulah aku faham rupanya dia meminati kartun upin dan ipin
Pantang nampak kartun upin ipin ...man nye .. pin pin man
Bila dah tahu adik minat Upin Ipin ... Daddy belikan bantal upin ipin
Sampaikan kotak ubat gigi Colgate Upin Ipin pun adik nak simpan.
... adik memang sukakan UPIN IPIN ..
aku rasa kalau aku belikan baju upin ipin mesti tak boleh basuh ...
Adik mesti cakap ... Man nye....


Rabu, 30 Mac 2011

Dunia baru...... inilah dunia ku 
Hampir 3 minggu aku berada didunia kerja yang baru... semuanya baru...
Mulanya agak sukar untuk melaluinya sendirian .... tapi aku yakin .... 
Aku boleh melaluinya

Yelah sampai bila ... kita kena melangkah ke dunia baru untuk melakukan perubahan ...
Dan sekarang aku dah berada di satu dunia yang aku pilih ...
apa yang amat aku harapkan ... aku mampu untuk merubah kehidupan ku ...
aku ingin meninggalkan semuanya yang pernah aku lalui ..

ASING .... adalah perasaan awal
.... sebenarnya aku perlukan KAWAN
TEMAN ... dierlukan dimana jua...harap aku leh jumpa 
dan sekarang aku rasa.... aku dah ada... cuma masa sahaja yang akan tentukan semuanya 
aku kena serasikan semuanya dgn diriku

dan aku tahu ... aku tetap rindukan kawan kawan lama aku
namun aku tak pernah lupa kata kata kawan baik ku "andai kita bertukar tempat kerja sekalipun... masalah tetap akan menjadi teman yang paling setia " .... 
itulah hakikat yang sebenarnya

aku sedar sejauh mana pun aku nak lari dari kenangan silam tapi aku tak leh lari dari masalah ...
aku tahu ... aku dah akuinya
aku dah faham semua itu ... walaupun bukan maslah aku ..... tapi tetap MASALAH dari orang lain

Ape pun aku harap aku mampu berada di DUNIA BARU ku ini dgn 
satu harapan ,....... Aku adalah aku 


Selasa, 29 Mac 2011

Selamat Hari Lahir Mak ...

Happy Bir...

Hari ni 28/3/2011 ... ulang tahun kelahiran mak.
" Selamat hari lahir mak....."

Semalam aku dah balik kg ... jumpa mak.
Dah lama tak jumpa mak
Aku balik sempena mengingati hari lahir mak

Sedih hati aku .... bila pagi sabtu lepas mak menangis.
Tak sampai hati tgk mak nangis...
Apa puncanya ? .... ketidakpuasan hati antara 1 sama lain.

Sabarlah mak ..
manusia ni tak akan puas hati dgn kita
hasad dengki tetap ada

Apa pun .... doa dan harapan along ...
Mak sentiasa dilindungi ..

AMIN

Isnin, 21 Mac 2011

Hujan dan Hikmahnya

Hari ni dah 4 hari aku SELSEMA
Sakitnya jangan cakap la..
semua anggota badan aku sakit
Sampai sakit GIGI aku..

Ini semua gara-gara aku kena hujan..
Dan hari ini hujan lagi
Hujan ..
hujan..
Hujan...
Rahmat disebalik segalanya
Walaupun agak sukar utk aku.. tapi aku yakin..
Ada hikmahnya ....

Sabtu, 12 Mac 2011

Kenangan Terindah

 Kita dewasa dalam kenangan sebuah pertemuan,
 Kita harungi bersama suka duka ranjau kehidupan,
maafkan aku ..... kiranya aku TERLEWAT menyedari semua ini
Staff Birthday Party - July
Sedar tak sedar rupanya hari ini adalah hari terakhir aku disini.

Mala.Ema.Yani Winnie. Ita,
Sahabat PROFRESH
Terima kasih kepada semua.
Keputusan ini adalah yang terbaik untuk diriku dan semuanya. TERUTAMA pada mereka
yang selalu tak senang hati dgn aku. Entahlah aku tak faham mengapa mesti ada dengki.


YES!!!!! best nya. Dah berhenti dari sini. Apa yanga ku dapat sepanjang 5 Tahun aku berkhidmat disini adalah kenangan terindah dalam hidup aku walaupun ada gak yang pahitnya.

5 tahun bukan sekejap tu... macam macam yang berlaku.
Walaupun sukar untuk ditelan semua kepahitan itu ... tapi aku berjaya melaluinya sepanjang 5 tahun. Kiranya aku kuat jugalah...
Kena marah macam mana pun aku buat tuli je... demi mencari rezeki.


Aku melangkah pergi ini pun adalah kerana hati ku telah dilukai. (ceh.. ayat jiwang lak)
Biarlah aku melangkah demi kegembiraan org lain.
Biarlah aku menangis di dalam hati janji org lain boleh tersenyum dgn pemergian ku ini.
KETAHUILAH aku pergi bukan kerena aku mengalah ..dan tidak bermakna "mereka-mereka" itu menang dalam permainan yang mereka mulakan

Ahhhh... biarkan lah itu semua asam garam kehidupan.
Apa pun aku pernah rasa gembira disini. Bersama mereka semua. 
... aku ada kenangan terindah bersama kalian.

Jumaat, 4 Mac 2011

Demi

Sesungguhnya aku rasa inilah keputusan aku yang terbaik.
Biarlah aku melangkah pergi demi kesejahteraan dan kegembiraan hati orang lain.
Aku tidak mengerti.....
Mengapa aku diperlakukan sebegini.
Di mana salah aku ?
Di mana Silap aku?
Aku masih tidak menemui jawapannya.

Dan DEMI ... sebuah persahabatan
aku terima segalanya
DEMI melihat mereka gembira
biarlah aku undur diri
DEMI mengembalikan reputasi mereka
biarkan aku lakukan semua ini.

Selasa, 1 Mac 2011

Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup )

Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup ) S. M. Salim

S. M. Salim

lirik Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup ) :

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda



lirik lagu S. M. Salim Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup )

ANTIBIOTIK .... apa yg perlu diketahui ?

Antibiotik digunakan untuk membunuh bakteria secara langsung atau melemahkan ketika ia mula menyerang sistem pertahanan tubuh badan

Antibiotik merupakan sejenis asebatian kimia yg digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganisma seperti kuman atau bakteria.

Antibiotik boleh diperolehi drpd sumber biologi seperti kulat dan mikroorganisma.
Antibiotik diketogerikan kepada dua jenis. Narrow Spectrum & Broad Spectrum.


BILA ANTIBIOTIK tidak MEMBANTU ?
  Keadaan yang membataskan "bantuan' daripada antibiotik untuk berkesan ialah sewaktu seseorang itu :
     * Selsema dan Demam
     * Batuk
     * jangkitan pada telinga
     * Resdung

BILA ANTIBIOTIK MEMBANTU ?
Beberapa jenis jangkitan memerlukan antibiotik.
-jangkitan pada Saluran air kencing
-Radang tekak krn jangkitan kuman (biasa menyerang kanak-kanak berusia 7 tahun keatas)

Ahad, 27 Februari 2011

Wajah Kesayangan Hamba

my family

Sambil bersantai santai dirumah aku membelek gambar gambar yang pernah aku ambil.
Dan aku jumpa gambar ni. Sbnrnya aku kami sekeluarga nak bergambar bersama.

Mereka  ni lah kawan gaduh aku, kawan ketawa aku ....
Eden , Jehan & ishqal ...

Jumaat, 25 Februari 2011

Rindu

Rindu ini datang lagi.

Hari ni aku cuti....(cuti ????? sebenarnya aku susah nak cuti)
Kesihatan aku tidak berapa mengizinkan untuk aku bergerak banyak sebenarnya.
Tekanan kerja sedikit sebanyak mengganggu kesihatan aku.
Tak pelah aku nak rehat ari ni. Mungkin sakit aku ini akan berkurangan.
Rindunya aku pada mereka.
Berdetik dihati rasa rindu pada kawan kawan yang dah lama berhubung.
Rindu pada kunjungan kakak dan abang. Lama sungguh tak jumpa mereka.
Kakak pun dah lama tak hubungi aku (sibuk sangat barang kali PA la katakan)..
Kawan-kawan sekolah yang dah lama tak berhubung.
Lama aku tak dengar berita terkini mereka.(salah aku juga bila mengambil keputusan untuk mendiamkan diri).. tapi aku tak bermaksud untuk memutuskan hubungan persahabatan yang ada.
Aku terpaksa.
Kalaulah dapat aku kumpulkan kawan kawan baik aku ..... bestnya.
Leh cit cat .. macam macam.
Bercerita cerita lama ... mesti bestkan .....
Ida, Ayu, Liza, Lyn, Ma, wan ..... rindunya aku kat korang .....

Isnin, 21 Februari 2011

Sakit Lagi

Sakitnya..
Hari ni aku tak tahu hari yang ke berapa aku sakit kepala .....
Sakit yang amat sangat ..
Ubat yang ada rasanya seperti tidak memberi kesan apa apa pun.
Sakitnya..sampai aku tak ade mood untuk buat kerja.
nak tidur pun aku dah tak mampu....

















Jika anda mengalami tekanan darah rendah anda boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat. Amalkan petua ini:


1. Bangun dari duduk dan baring perlahan-lahan
2. Jangan berdiri terlalu lama
3. Jangan terlalu lama berada di bawah sinaran matahari
4. Amalkan diet rendah karbohidrat
5. Banyak minum air
6. Hindari daripada pengambilan alcohol

Sakit kepala ... Tekanan darah rendah

Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal bagi seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai. Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.

     Tekanan Darah Rendah  =  Tekanan darah < 90/60 mmHg.

 Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth:    115   ∕  50      = tekanan darah rendah @   85   /   70  = tekanan darah rendah
         (normal)    (rendah)                                                                 (rendah)     (normal)

Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup

PENYEBABNYA:

Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak  5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.

Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung,  serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing)  dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.

Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan  jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.

Jangkitan Yang Teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.

Tindak Balas Alahan Yang Teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.

Kurang Zat Dalam Diet: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.

Ubat-Ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah:

Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
Beta-blockers (ubat darah tinggi)
Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.

Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.


Petua Mengatasi Tekanan Darah Rendah

1. Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

2. Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).

3. Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.

4. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

5. Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.

6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.

Ubat-Ubatan:
Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.

Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah

Khamis, 17 Februari 2011

Yang Terindah

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,


jika diri tak seindah SULAIMAN


Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,


Jika kasih tak setulus ZULAIKHA


Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, 


Jika tak sekuat SARAH


Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, 


Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W



Ishqal & Jehan

Ada saja topik baru yang akan mereka berdua lakukan untuk buat aku pening. 
Namun mereka jualah yg menjadi teman aku selamanya.
Jehan : 
Moodnya tak boleh dibaca. Apabila kehendaknya tak ditunaikan, mulalah dia akan tarik 
muka tunjuk protes dan ketidakpuasan hati. ( nakkan perhatian lebih dari mummy).
Satu je .. Jehan still tak leh terima yang dia dah jadi kakak. Dia tetap tak nak mengalah dengan adik.Tapi aku berbangga dgn dia, seorang anak yang bijak
Ishqal :
Anak yang bijak .. walaupun baru berusia 2 tahun.Syukur Alhamdulillah ... adik dah semakin pulih. Dah tak sakit macam dulu lagi... Syukur yang amat sangat. Adik selalu mengalah dengan kakak.. tapi ada masanya adik buli kakak sampai kakak menangis. Bila kakak nangis adik ketawa
.. penat seharian bekerja hilang bila melihat kerenah budak berdua ni.. wpun nak marah tapi ... budak budak .. dahlah seharian aku tinggalkan kat pengasuh... bila balik rumah masing-masing lepaskan apa yang ada...

Sabtu, 12 Februari 2011

Sombongkah aku ??? Salahkah aku?

Sombongkah Aku?
Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?

























Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?
Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.
Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?
Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.
Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.
Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.

Jumaat, 11 Februari 2011

Bukan salah aku la



Pagi .... mood aku mmg ok Hari ni ..
tapi aku  tak tahu kat mane salah aku ... aku di marah. tiba tiba je aku dimarah ?(kena marah ke?macam tu, atau aku terlalu emo? ) 
Geram pun ada, 
sakit hati pun ada... entahlah.. grrrrr
Nak kata aku tak wat ape yang dia suruh.... aku dah wat macam mane yang disuruh.tp tetap ade salahnya .... nak kata aku tak ingatkan .... Aku dah ingatkan 2,3 kali ..  tapi katanya aku tak ingatkan dan dia kata "u tak leh give-up. kalau i lupa u kena ingatkan lagi.. dan lagi" ( ek eleh.. ari tu aku ingatkan .. dia kata "nanti saya follow up kes ni" )... so ape cer....???!!!!
        Itulah ragam hidup... kita mudah lupa. Orang lain pun mudah lupa ... tapi apakan daya.. betul apa Mahadhir kata "MELAYU MUDAH LUPA" ...tapi aku tak lupa sebenarnya .. dia yang lupa .. aku ni dah jadi mesin pengingat (betul ke perkataan ni) heheheh.
      Dah selalu mcm tu. Bila sesuatu itu berpunca dari kesalahan sendiri , mesti nak melibatkan org lain jugakan ....  



Sabtu, 5 Februari 2011

Ragam .. bila dah sekolah

SUDAH sebulan  anak-anak kita bersekolah. Pelbagai gelagat kita lihat ketika memulakan alam baru persekolahan; 
Ada yang menangis, ketawa, tak kurang yang ibu ayah terpaksa menunggu di kelas demi ilmu dan kasih sayang.
Tetapi, suasana sebegini semakin kurang kita temui sebab anak sudah matang dengan pendidikan prasekolah yang dilaluinya
'Ya Allah, sayangilah ibu ayah kami sebagaimana mereka berdua menyayangi dan mendidik kami sewaktu kami kecil'

Doa sebegini sangat perlu dibaca setiap hari supaya Allah mengekalkan kasih sayang kita pada anak-anak.

Mendidik dengan cinta dan sayang berbeza dengan mendidik dengan sumpah seranah serta maki hamun. Kasih sayang akan memberi semangat dan pendorong dalam menghadapi kerenah dan perangai anak-anak.

Bayangkan jika ibu dan ayah tidak ada rasa cinta pada anak, mereka akan melihat anak itu seperti mereka melihat kayu dan batu.

Bahkan mereka mungkin akan menganggap anak sebagai beban yang menyusahkan.

Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Memang tugas sukar dan meletihkan. Terima kasih dan syukur tidak terhingga kepada-Mu Ya Allah atas nikmat kasih sayang ini. Bayangkan bebanan ibu ketika melahirkan anak yang terpaksa berdepan dengan sakit yang tidak terperi, darah yang tumpah dan tidak bermaya. 


Namun, apabila melihat bersih dan suci wajah bayi yang dilahirkannya maka akan hilang segala derita dan bebanan yang ditanggung.

Itulah ajaibnya kasih sayang yang mampu mencipta semangat dan daya juang yang luar biasa ibu bapa terhadap anak-anak.

Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina semangat dalam mendidik anak. Setiap anak berbeza gelagat dan kerenahnya.

Bagi ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya.

Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja.

Allah s.w.t menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya. Mendidik anak tidak selalunya rata dan mendatar saja kerana ada kalanya kita menerima ujian di luar jangkaan.

Jadi kasih sayang mengukir ketabahan dan kegigihan buat ibu bapa. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti.

Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka ketika berkomunikasi, luahkan rasa sayang dan harapan, teruskan usaha mendidik secara berterusan dengan penuh kesabaran. 


......(hati ibu terluka bila anak tidak mendengar kata... )

Rabu, 2 Februari 2011

2 tahun ... dah besar rupanya Adiq

31 Jan 2011 - Happy birthday Mohammad Ishqal Ieman Bin Suddin 
.. rasa macam baru je aku melahirkan putera ku ini ... tapi hakikat sebenarnya dah 2 tahun. Cepatnya . Adiq ieman dah semakin lasak dan menganas. Yang selalu jadi mangsa keganasan Ishqal Ieman ..= Idrina jehan. Cian kakak. mesti kakak menangis punya.. mahu taknya adiq ieman buli kakak tanpa rasa simpati ... Dan semalam kakak sekali lagi buat 1 permintaan 
Jehan :"mummy leh tak tukar adiq ni .. dia jahat dgn kakak. Kakak tak suka lah macam ni "
 Mummy :hehehe .. 
Jehan : Kenapa mummy ketawa"
Mummy :sorry sayang .. adiq adelah yg terbaik untuk kita... Kakak nak tukar adiq dgn siapa ? 
Jehan : Dgn org lain lah yg tak nakal mcm adiq
Mummy :  nanti kakak mesti rindukan adik ieman .. " 


... walaupun mereka selalu menguji tahap kesabaran aku .. tapi itulah anak-anak. Aku akui modal untuk seorang ibu Adalah KESABARAN yang kuat. marah memang marah tapi ... tetap sayang..


.. adiq semakin membesar .... dah tua aku ni ...

Durian...

 pagi ni terasa nak mkn durian...bestnya kalau dapat tapi mustahil
.. kalau minta pun bukan ade orng nak belikan ..
 lag ipun harga masih mahal lagi...
Durian .. raja segala buah ... tapi ade org yg tak mkn.(kenapa ye)
bila difikirkn semula .. durian mmg sedap dan boleh wat tempoyak .. sedap tu
tapi bila dah  jadi tempoyak ... dah tak boleh berbangga sebagai raja buah..
Macam tu juga kehidupan kita..
ada org yng gila kuasa, gila pangkat ..
selalu nak tunjuk lagak. Sedangkan diri tu tak berapa pandai ..
tapi nak tunjuk pandai ...
yang jadi mangsa ..org org bawah yang lebih  pandai dari dia.. Nak membuli org lain macam timun lenyek tempoyak. sampai puas hati
tapi dia tak nak terima hakikat itu...bodoh sombong .. Susahkan ... tapi diam org bawah bukan bermakna kalah .. diam sekadar memerhati dan ade rasa hormat... jangan sampai ... kena kulit durian ( Kata Isma Halil Hamzah - THR)
itulah manusia ....

Isnin, 31 Januari 2011

Hari ni AHAD .. apa yg dah aku buat sepanjang hari?/??//?
buat kerja rumah yang tak pernah siap... (bilalah agaknya kerja rumah nak siap???) 
bial kerja kerja yang sama dilakukan setiap hari ... anak anak jadikan rumah sebagai pusat permainan...TENSION
.. tp suka tak suka kena lalui semua ini .. inilah kehidupan aku sebagai seorg ibu..
Oh cakap pasal anak ... hari ni kawan baik aku kehilangan anaknya di KLCC.. Ya Allah masa dapat tahu berita tu mcm nak luruh jantung ini..dah lah ramai org kat KLCC tu .... mcm mane nak cari ???? nak dapatkan bantuan pun bkn senang.. nasib baik jumpa .. anak dia dijumpai menangis dan sedang di pimpin oleh seorg perempuan.. SYUKUR jumpa. kalau tak jumpa macam mana ? Jadi mcm kes budak2 hilang sebelum ni ? Oh tidak ...


 31 JAN 2011 .. ulang tahun ke 2 anak lelaki ku MOHAMMAD ISHQAL IEMAN. Selamat hari lahir sayang.
Mummy sayang ieman...